Thursday, 21 June 2012

KELAS-9


      (translate by muhammad fouzul )

Rasul
Rasul adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan berita daripada Allah Kepada umat manusia dengan memberi peringatan.
Rasul diutuskan kepada semua Kuam
Quran:
Surah An-Nahl 16:36
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka, ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.

Jumlah Rasul
Tidak terdapat sebarang Hadis yang sahih mengenai jumlah Rasul.
Quran:
Surah Ghafir 40:78
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; kerana apabila datang perintah Allah diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.

Nama-nama Rasul dalam Quran:


1.       Adam
2.       Nuh
3.       Ibrahim
4.       Ishak
5.       Yaakub
6.       Daud
7.       Sulaima
8.       Ayub
9.       Yusuf
10.   Musa
11.   Harun
12.   Zakaria
13.   Yahya
14.   Isa
15.   Ilyas
16.   Ismail
17.   Alyasaq
18.   Yunus
19.   Lut
20.   Idris
21.   Hud
22.   Saleh
23.   Shuaib
24.   Zulkifle
25.   Muhammad




Rasul Pertama
Adam adalah Nabi dan manusia yang pertama.
Rasul Terakhir
Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir.
Quran:
Surah Al-Ahzab 33:40
Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Quran:
Surah Saba 34:28
Quran:
Surah Al-Anbiya 21:107

Orang palsu yang mengaku dirinya sebagai Nabi
Hadis:
Sabda Rasulullah, akan datang daripada umatku seramai 30 orang palsu yang mengaku dirinya sebagai Nabi. Aku adalah penutup (akhir) bagi semua Nabi. Tidak ada Nabi selepas Aku.
Safuan RA: Thirmizi 2145
Nabi dan Rasul membawa maksud yang sama. Nabi bermaksud pemberitahu. Rasul bermaksud pesuruh. Maka Pesuruhlah yang akan memberitahu. Dalam Quran Allah menceritakan tentang Rasulullah dengan menggunakan perkataan Nabi dan juga Rasul.
Watak para Rasul
1.       Rasul adalah golongan Lelaki – Quran 16:43
2.       Rasul adalah hamba Allah – Quran 38:45
3.       Rasul adalah gologan manusia – Quran 18:110
4.       Rasul tidak mampu lakukan Mukjizat tanpa bantuan Allah – Quran 13:38
5.       Rasul mempunyai isteri dan keluarga – Quran 13:38
6.       Nabi Isa juga hamba Allah – Quran 19:30
7.       Nabi Isa tidak dibunuh malah diangkat ke langit – Quran 4:157
8.       Allah melarang hambanya berbangga dan membanding-bandingkan Rasul mereka dengan Rasul-rasul yang lain – Quran 2:285

Akhirat                             
Apa itu Akhirat?
Akhirat adalah kehidupan yang kekal selepas Allah membangkitkan semula hambanya sejurus selepas menghancurkan bumi, langit, manusia dan segalanya.
Akhirat adalah hari pembalasan dimana manusia dapat masuk Shurga dengan perbuatan baiknya dan masuk Neraka dengan perbuatan jahatnya. 
Quran:
Surah Al-E-Imran 3:114                                                                                                                     Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka, adalah dari orang-orang yang soleh.
Quran:
Surah Ar-Rahman 55:27
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Apakah faedah mempercayai Akhirat?
Ia dapat mendorong manusia mengelakkan diri dari dosa dan sentiasa berbuat baik.
Seksa Kubur
Seksa kubur ialah seksa sejurus selepas manusia mati dan dikebumikan.
Allah sahaja yang mengetahui bilakah hari akhirat.

Nasib
1.       Nasib bermaksud takdir, iaitu percaya dan terima segala yang baik dan yang buruk datangnya dari Allah.
2.       Segala perkara dapat dijelaskan dengan akal fikiran manusia kecuali Nasib. Nasib tidak boleh dijelaskan dengan akal fikiran manusia.
3.       Perkara yang telah berlaku dan akan berlaku adalah dianggak sebagai Nasib seseorang (Takdir). Oleh itu, kita boleh memberi alasan Nasib/Takdir bagi perkara yang telah berlaku tetapi bukan untuk perkara yang akan berlaku.
Contohnya: Jika seseorang mangajak kita solat maka kita jawab “saya ditakdirkan tidak solat”.
Faedah mempercayai Nasib
Apabila kita ditimpa musibah serta bersedih, kita akan bersabar serta menerima musibah tersebut sebagai nasib atau takdir Allah swt.
Quran:
Surah Al-Hadid 57:23
Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira dengan apa yang diberikan kepada kamu dan, Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Nabi melarang kita berdebat atau berhujjah tentang Nasib.

No comments:

Post a Comment