Wednesday, 2 May 2012

KELAS-6


بسم الله الر حمن الر حيم
      (translate by muhammad fouzul )

Kitab
Kitab diturunkan oleh Allah kepada Rasul untuk Manusia supaya dapat petunjuk serta jalan yang lurus di dunia dan semoga mendapat kejayaan di akhirat.
Nabi Muhammad diturunkan kitab Al Quran dan begitu juga kepada Rasul-rasul sebelumnya dengan menggunakan bahasa mereka pada masa itu.
Quran 14:4
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (4)
Nama-nama Kitab dalam Al Quran
Terdapat 4 Kitab: 
1.       Zabur    –  Diturunkan kepada Nabi Dawud           (Quran 4:163)
2.       Taurat   –  Diturunkan kepada Nabi Musa              (Quran 5:44)
3.       Injil         –  Diturunkan kepada Nabi Isa                    (Quran 5:46)
4.       Quran   –  Diturunkan kepada Nabi Muhammad                (Quran 6:19)
Allah turunkan kitab kepada semua Nabi-nabinya tetapi tidak disebutkan nama kitab-kitab tersebut melainkan 4 kitab diatas.
Allah menurunkan Kitab untuk memberi amaran dan menyampaikan berita gembira.
Kitab Suhuf
Ada segelintir dikalangan kita yang membahagikan kitab kepada 2, iaitu kitab yang besar (Quran) dan kitab yang kecil (Suhuf). Walaubagaimanapun, perkara ini tidak terdapat dalam Quran dan Hadis Nabi.
Quran 98:2
Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci. (2)
Kitab yang telah diubah
Mempercayai ataupun beriman kepada kitab-kitab sebelum Al-Quran tidak bermaksud mengamalkannya dan mengikuti kandungan kitab-kitab tersebut. Tetapi hanya dengan menerima dan percaya bahawa kitab-kitab tersebut diturunkan oleh Allah kepada Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad.
Ini adalah kerana kitab-kitab tersebut telah diubahsuai, ditambah dan ditukar isi kandungannya oleh umat manusia sebelumnya.
Quran 2:75
Maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (75)
Quran 3:78
Dan sesungguhnya, di antara mereka ada yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu dan mereka pula berkata: ia adalah dari sisi Allah, padahal ia bukanlah dari sisi Allah, dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (78)
Kitab Terakhir
Tidak terdapat kitab selain Al Quran dan Allah akan memeliharanya sehingga ke hari kiamat.
Quran 15:9
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (9)
Quran 6:19
Bertanyalah (wahai Muhammad): Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya? katakanlah: Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah: Aku tidak mengakuinya. Katakanlah lagi: Hanyasanya Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan. (19)

No comments:

Post a Comment