Wednesday, 2 May 2012

KELAS-5


بسم الله الر حمن الر حيم


 (translate by muhammad fouzul )
Adab Tidur
Hadis 1:                  
Nabi SAW bersabda bahawa sebelum masuk tidur, kita hendaklah memadamkan api, tutup paip air, tutup semua makanan dan minuman serta kunci bilik kita. 
Jaabir RA:   Bukhari 5624
Keterangan:
Kita seharusnya memadamkan api sebelum tidur kerana dikuatiri berlakunya kebakaran. Pada zaman Nabi ketika itu tidak mempunyai kuasa elektrik dan mereka hanya menggunakan lampu pelita. Tetapi, walaupun zaman sekarang kita tidak menggunakan pelita, kita dapat mengambil pengajaran daripada hadis Nabi iaitu kita hendaklah memastikan api di dapur dipadamkan.
Makanan dan minuman yang berlebihan hendaklah ditutup untuk mengelakkan serangga dan kekotoran masuk kedalam makanan ataupun minuman tersebut.
Hadis 3:
Nabi SAW bersabda bahawa sebelum anda masuk tidur, berwuduklah dahulu sepertimana anda berwuduk sebelum menunaikan solat.
Ibnu Asib RA:   Bukhari 247
Keterangan:
Pastikan sebelum kita masuk tidur, kita berwuduk dan menggosok gigi dengan sempurna kerana Allah mengutamakan kebersihan. Ini dapat mensucikan diri dan membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat di celah-celah gigi kita serta membantu memelihara daripada kerosakan gigi.
Hadis 5:
Nabi SAW bersabda bahawa sebelum masuk tidur, bersihkan dan kemaskan tempat tidur anda dengan menggunakan hujung kain atau hujung tuala.
Abu Hurairah RA:   Muslim 4889
Keterangan:
Membersihkan serta mengemaskan tempat tidur adalah kerana dikuatiri terdapat sesuatu pada tempat tidur seperti benda tajam dan juga serangga yang boleh menyakiti dan memudaratkan kita.

Amalan bacaan ayat Quran sebelum tidur:
Hadis 1:
Nabi SAW sebelum tidur, beliau akan membaca Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas serta meniupkannya pada kedua tangan beliau lalu menyapukannya keseluruh tubuh pada bahagian belakang dan depan sekadar yang mampu dicapai oleh tangannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.
Aishah RA:   Bukhari 5017
Hadis 2:
Barangsiapa membaca Ayat Kursi sebelum tidur, akan ada seorang malaikat sebagai penjaga dan tidak akan didekati oleh syaitan sehingga waktu pagi.
Abu Hurairah RA:   Bukhari 3275
Hadis 3:
Nabi SAW bersabda bahawa barangsiapa membaca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah, maka ia akan dilindungi daripada kejahatan manusia dan golongan jin.
                Abu Mashud RA:    Bukhari 4008






Malaikat
Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang terhormat yang menyembah dan beramal hanya kepada Allah.
Quran:
Surah Al-Anbiya 21:19,20
Dan segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. (19) Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti. (20)
Surah At-Tahrim 66:6
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (6)
Malaikat tak sama dengan manusia dan tak sama dengan Allah. Malaikat dan manusia bukan anak kepada Allah.
Rupa Malaikat
Hadis:
Nabi SAW bersabda bahawa, Malaikat dicipta daripada cahaya (Nur). Manakala Jin dicipta daripada api dan Adam (manusia) pula dicipta daripada tanah.
Aishah RA:   Muslim 5314
Quran:
                Surah Fatir 35:1
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (1)
Hadis:
                Nabi SAW bersabda bahawa pernah dilihatnya, Jibril mempunyai 600 sayap.
                Abdullah Ibnu Mashud RA:   Bukhari 4857
Jibril juga pernah datang berjumpa Rasullullah dengan rupa manusia.
Jumlah Malaikat
Hanya Allah sahaja yang mengetahui jumlah keseluruhan Malaikat.
Hadis:
Nabi SAW bersabda bahawa, semasa perjalanan Israk Mikhraj, apabila sampai di langit ke 7, aku diperlihatkan sebuah bangunan. Aku bertanya pada Juibril. Maka jawab Jibril, itu adalah Baitul Ma’mur di mana seramai 70 ribu Malaikat akan datang menunaikan solat setiap hari. Selepas mereka keluar dari situ, walaupun seorang daripada mereka tidak akan masuk kembali ke situ.
Bukhari 3207
Nama-nama Malaikat
Jibril AS                 =             Quran: 2:98
Mikail AS              =             Quran: 2:98
Israfil AS               =             Hadis: Muslim 1289
Malik AS               =             Quran: 43:77 – Pengawal Neraka
Pembawa Wahyu
Quran:
Surah An-Nahl 16:2
Dia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertakwalah kamu kepadaKu. (2)
Pencatat Amal
Quran:
                Surah Al-Infitar 82:10,11,12
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (10) Yang mulia, lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu). (11) Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (12)
Surah Qaf 50:17,18
Semasa dua malaikat menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya. (17) Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (18)
Pencabut nyawa
Quran:
Surah As-Sajda 32:11
Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu. (11)
Penjaga keselamatan
Quran:
Surah Al-Rad 13:11
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana, maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11)
Pemikul Arash
Quran:                          
Surah Al-Haaqqa 69:17
Sedang malaikat-malaikat mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. (17)
Penjaga Neraka
Quran:
Surah Al-Muddaththir 74:30,31
Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas. (30) Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan malaikat, dan Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab boleh percaya dengan yakin dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. (31)


No comments:

Post a Comment