Wednesday, 2 May 2012

KELAS-8


بسم الله الر حمن الر حيم

 (translate by muhammad fouzul )
1.     Adab Berpakaian
Quran:
Surah Al Araf 7:24
Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati). (24)
Quran:
Surah An Nahl 16:81                                                                                                                                                                      
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: Benda-benda untuk berteduh dan Dia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung dan Dia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Dia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya. (81)
Mamakai Pakaian yang cantik
Hadis:
Ibnu Mashud RA bertanya kepada Rasullullah “Adakah seseorang itu dianggap berbangga-bangga apabila dia ingin memakai pakaian dan kasut yang cantik”. Maka jawab Rasullullah bahawa Allah itu cantik dan Allah sukakan yang cantik-cantik.
Abdullah Ibnu Masud RA: Muslim 147
Doa memakai pakaian baru
Hadis:
Rasullullah, apabila memakai baju baru, beliau menyebut nama serban dan baju lalu membaca Doa':
اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ أَنْتَ كَسَوتَنِيهِ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ
Maksudnya:  Ya Allah bagimu pujian Engkau telah memakaikan aku dengannya aku memohon kepadaMu dengan kebaikannya dan kebaikan yang diperolehinya dan aku memohon perlindungan kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan yang diperolehinya.
Abu Sa’id RA: Tirmizi 1689
Mulakan pakaian dengan sebelah kanan
Hadis:
Rasullullah akan memulakan sebelah kanan apabila memakai pakaian dan apabila berwuduk.
Abu Hurairah RA: Abu Dawud 3612

2.     Jenis Pakaian yang dilarang
Larangan berpakaian ketat
Hadis:
Rasullullah melarang memakai pakaian yang ketat.
Abu Sa’id RA: Bukhari 367
Larangan menyerupai perempuan
Hadis:
Rasullullah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Ibnu Abbas RA: Bukhari 5885
Larangan memakai pakaian kotor
Hadis:
Rasullullah melihat seorang dengan pakaian yang kotor. Lalu Nabi bertanya “tidakkah dia mempunyai bahan untuk mensucikan pakaiannya?”.
Jaabir RA: Abu Dawud 3540
Larangan berpakaian mengheret dilantai
Hadis:
Rasullullah membacakan sepotong ayat Quran sebanyak 3 kali yang bermaksud “diakhirat, terdapat 3 jenis orang Allah tidak berkata-kata dengannya, tidak akan memandangnya dan tidak mensucikannya serta azam menanti mereka ini. Maka Abu Dhar RA menyebut bahawa mereka ini telah tewas dan rugi lalu bertanya kepada Nabi “siapakah mereka itu ya Rasullullah?”. Maka jawab Nabi:
1.       Orang yang mengheretkan pakaiannya melebihi tumit kakinya.
2.       Menceritakan pertolongan yang pernah dilakukannya.
3.       Menjual barang perniagaan dengan sumpah palsu.
Ibnu Umar RA: Muslim 171
Azab Neraka bagi orang yang mengheretkan pakaian dengan bangga atau menunjuk-nunjuk
Hadis:
Rasullullah SAW bersabda Allah tidak akan memandang orang yang mengheretkan pakaian. Maka Abu Bakkar RA bertanya: “adakah salah jika tidak sengaja?”. Jawab Rasullullah: “anda bukan orang seperti itu”.
Ibnu Umar RA: Bukhari 5784

No comments:

Post a Comment