Wednesday, 2 May 2012

KELAS-3


بسم الله الر حمن الر حيم

(translate by muhammad fouzul )
    Kuasa Allah SWT:
1.       Hanya Allah yang mengkurniakan Anak  (42:49,50)
2.       Kuasa Allah tidak diberikan kepada manusia  (8:39)
3.       Berjumpa bomoh untuk mendapatkan anak adalah perbuatan Syirik.
4.       Allah yang memberi kita rezeki  (17:30)
5.       Allah yang turunkan hujan dari langit  (6:99) Terdapat Doa’ untuk turunkan hujan. Semasa meminta hujan daripada Allah hendaklah membalikkan baju serta menunjukkan tapak tangan kebawah sambil berdoa’.
6.       Kita menerima jawatan yang tinggi kerana Allah  (3:26)
7.       Kalau kita demam atau sakit hanya Allah yang mampu sembuhkan kita.
Dalam bacaan Kitab Maulud, terdapat ayat yang bermaksud “Rasul yang menyembuhkan penyakit kita”. Ini juga adalah perbuatan Syirik.
     Dosa-dosa kita terhadap Allah:
Hanya Allah yang boleh ampunkan dosa kita  (3:135)
Contoh Dosa terhadap Allah:


1.       Tidak solat
2.       Tidak puasa
3.       Melakukan pembaziran
4.       Tidak menjaga kebersihan
5.       Tidah hormat kepada orang tua
6.       Tidak menutup aurat


      Dosa-dosa kita terhadap manusia:
Kalau kita berdosa terhadap sesiapa, kita mesti meminta ampun dengan orang tersebut, barulah Allah akan ampunkan dosa itu.
    Adab dan amalan semasa makan:
·         Kita dilarang makan atau minum sambil berdiri. Kalau tak ada tempat langsung ataupun terpaksa berdiri maka makanlah sambil berdiri. Allah akan ampunkan dosa tersebut.
·         Semasa menghidang ataupun mula makan, dahulukan makanan yang berada disebelah kanan.
·         Kalau Ibu atau Bapa kita membelikan hanya satu Aiskrim, maka kita kena berkongsi dengan adik.
·         Sabda Rasullullah saw: 
Kalau kita ada tukang masak dirumah kita, maka dia hendaklah makan bersama kita kenara dia bersusah payah masak untuk kita.
·         Sabda Rasullullah saw:
Makanan lebih penting daripada solat. Apabila kita solat sebelum makan, fikiran kita akan kearah makanan tersebut. Maka makan dahulu sebelum solat.
·         Sabda Rasullullah saw:
Kalau kita suka sesuatu makanan maka makanlah, kalau tak suka maka janganlah mengejek makanan tersebut.
·         Kalau kita membazir makanan, ia bermaksud kita tak suka Allah  (17:27)
·         Sesiapa yang suka membazir makanan, maka dia adalah adik beradik Syaitan.

    Doa’ tidur:
Allahumma Bismika Amutu Wa Ahya
    Doa’ Ilmu:          
Rabbi Zidhni Ilma

No comments:

Post a Comment