Wednesday, 2 May 2012

KELAS-4


بسم الله الر حمن الر حيم


(translate by muhammad fouzul )
Syirik
Syirik tergolong dalam jenis dosa besar. Allah tidak ampunkan dosa mereka.
Dosa Syirik akan ditempatkan dalam neraka selama-lamanya.
Contoh:
-          Memakai tangkal (tayath) untuk mengubati penyakit.

-          Mangkahwinkan Manusia dengan Keldai untuk menurunkan hujan.

-          Kalau kita percaya bahawa seseorang itu memiliki ilmu ghaib, maka itu adalah syirik.

-          Kalau seseorang itu mengaku memiliki ilmu ghaib, maka itupun adalah syirik.


Nazar
Bernazar ialah perkara yang kita buat dengan niat.
Nazar tidak di galakkan sangat. Kalau nak buat pun bernazar kepada Allah sahaja.
Contoh:                                Aku akan solat tahajjud kalau dapat keputusan yang bagus.
Korban
Ibadah Korban dilakukan tidak boleh dengan nama orang tetapi hanya dengan nama Allah. Tetapi kita boleh dermakan pahala korban kepada Bapa kita.
Malaikat
Malaikat merupakan makhluk Allah yang hanya melakukan kebaikan. Mereka tidak melawan arahan Allah tetapi hanya melaksanakannya sahaja.
Malaikat tak sama dengan manusia dan tak sama dengan Allah. Malaikat dijadikan daripada cahaya (Nur). Manusia dijadikan daripada tanah. Jin dijadikan daripada Api.
Malaikat mempunyai sayap. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap. Pernah dilihat oleh Rasullullah sekali. Jibril juga pernah datang berjumpa dengan  Rasullullah dengan rupa manusia.
Doa Harian
Doa Ilmu:  Rabbi Zidni Ilma.                  Doa Tidur:  Allahumma Bismika Amutu Wa Ahya.
Doa bangun tidur:  Alhamdulillahillazi Ahyana Ba’dhama Amatana Wa Ilaihin Nushoor.
Kesimpulan:
Perkara-perkara istimewa yang ada pada Allah dan dilakukan hanya kepada Allah sahaja:
-          Nazar
-          Mempunyai Ilmu Ghaib
-          Turunkan Hujan
-          Korban
-          Pengampun Dosa
-          Bemberi Rezeki
-          Penyembuh Penyakit
-          Memberi Pangkat
-          Bemberi Anak





No comments:

Post a Comment