Al-Quran adalah kata-kata Tuhan (Allah)
Al-Quran
diturunkan 1400 tahun dahulu kepada Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W
sebagai panduan kepada seluruh umat manusia.
Al-Quran
tidak ada perselisihan, tidak ada penipuan dan tidak ada kata-kata kesat /
lucah. Oleh itu, terbukti bahawa Al-Quran adalah kata-kata Tuhan (Allah).
Al-Quran
Menggalakkan Kita Berfikir
Ayat Al-Quran :
أَفَلَا
يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا
فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Terjemahan:
Patutkah
mereka, tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-quran itu bukan dari
sisi Tuhan (Allah), nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di
dalamnya.
(Quran 4:82)
Al-Quran Terbukti Dengan Sains
Dengan adanya teknologi sains
terkini, Al-Quran telah terbukti bahawa ianya adalah kata-kata Tuhan (Allah) melalui ayat-ayat yang terkandung di dalamnya.
Sebagai Contoh:
Bagaimana Gunung Menyelamatkan Bumi
Ayat Al-Quran:
وَالْجِبَالَ
أَرْسَاهَا
Terjemahan:
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi,
sebagai pancang pasak yang menetapnya)
(Quran 79:32)
Al-Quran dan Sains
Sebab-sebab
Tuhan (Allah) mengatakan gunung-ganang sebagai pasak.
1.
Dalam ayat ini Tuhan (Allah)
berkata bahawa gunung sebagai pasak (peg)
2.
Pasak bermaksud sesuatu
yang mencantumkan dua benda yang berlainan
3.
Kita dapat melihat gunung
di sekeliling kita tetapi kita tidak mengetahui bagaimana ia di pasak (peg) ke
bumi.
4.
Bumi terdiri daripada
pelbagai lapisan iaitu lapisan yang berat dan ringan.
5.
Bumi berputar dengan
kelajuaan 1675 km/j dan mengelilingi matahari dengan kelajuaan lebih daripada
100,000 km/j.
6.
Disebabkan lapisan bumi
yang berlainan, kehidupan serta bangunan yang berada pada permukaan bumi akan
tercampak apabila ia berputar dengan kelajuan 1675 km/j.
7.
Oleh itu Tuhan (Allah)
memacakkan gunung pada bumi supaya permukaan bumi berputar selaras dengan
lapisan–lapisan yang lain pada bumi.
8.
Saintis telah membuktikan
bahawa jarak dasar gunung daripada permukaan bumi ialah 10 hingga 15 kali ganda
ketinggian gunung tersebut. Sebagai contoh, ketinggian gunung Everest ialah 9km
manakala dasar gunung tersebut adalah 125km dari permukaan bumi.
9.
Di dalam Al-Quran, Tuhan (Allah)
mengatakan bahawa Dialah
yang memacakkan gunung pada bumi supaya bumi tetap dan stabil.
Ayat Al-Quran :
وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ
أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Terjemahan:
Dan Dia mengadakan di bumi
gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia
mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan
lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
(Quran 16:15)
10.
Saintis juga menggunakan
perkataan pasak (peg) seperti mana Tuhan (Allah) telah mengunakanya dalam Al-Quran.
Peringataan:
Sains telah membuktikan gunung dipasak (peg) kebumi pada
abad ke-19, manakala Al-Quran telah membuktikan 1400 tahun dahulu.
Nabi Muhammad S.A.W ialah seorang yang tidak berpelajaran
dan tidak mempunyai pengetahuan dalam ilmu sains. Dengan itu, bagaimana Nabi
Muhammad S.A.W boleh mengetahui tentang perkara ini pada 1400 tahun yang
dahulu.
No comments:
Post a Comment