Wednesday 17 October 2012

KELAS-ADAB


Adab Sikat Rambut
 (translated by muhammad fouzul )
·         Sabda Nabi , barang siapa mempunyai rambut, maka haruslah menjaga dan memeliharanya dengan baik - Abu Dawud: 3632
·         Mestilah menyapukan minyak pada rambut - Muslim: 4680
Memiliki sikat adalah sunnah Nabi
·         Nabi melihat seorang dengan rambut kusut atau serabai, maka Nabi bertanya kepada orang itu, “tidakkah kamu mempunyai sesuatu benda (sikat) untuk meluruskan atau mencantikkan rambut” - Nasai’: 5141
Bermula dengan sebelah kanan
·         Apabila Nabi berwuduk, sikat rambut dan memakai kasut, Nabi suka memulakan dengan sebelah kanan - Bukhari: 5854
Dilarang kerap sikat rambut
·         Nabi melarang kerap sikat rambut – Abu Dawud: 26
Dilarang memakai rambut palsu dan membenam tatu (pachai kuttuvadhu)
·         Nabi bersabda Allah melaknat perempuan yang memakai rambut palsu, memakaikan rambut palsu untuk orang lain, membenam tatu dan membenamkan tatu untuk orang lain - Bukhari: 5933
Dilarang mencukur rambut sebelah
·         Nabi melarang rambut dicukur sebelah dan membiarkan yang sebelah - Bukhari: 5921
Mewarnakan rambut beruban
·         Sabda Nabi, kaum Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak mewarnakan rambut beruban, maka buatlah kelainan. (maka kita harus mewarnakan ranbut beruban - Bukhari: 5899
Dilarang mewarnakan rambut beruban dengan warna hitam
·         Pada akhir zaman, akan datang sekumpulan orang, mewarnakan rambut dengan warna hitam. Mereka ini tidak akan mencium bau Syurga - Nasai’: 4988
Adab di jalan awam
·         Samasa berjalan hendaklah merendahkan pandangan - Quran 24:30,31
·         Berjalan dibumi Allah hendaklah dengan merendah diri - Quran 25:63
·         Dilarang berjalan dengan angkuh dan bermegah serta dilarang meninggikan suara - Quran 31:18-19
·         Dilarang duduk, berdiri atau menhalangi jalan awam dengan menyusahkan orang awam - Bukhari: 2465
·         Semasa berada di jalan awam hendaklah berkata-kata yang elok dan sopan - Muslim: 4305
Mengalihkan sesuatu benda di jalan awam
·         Nabi bersabda, mengalihkan sesuatu benda yang boleh memudaratkan atau menyusahkan orang awam adalah satu amal sedekah - Bukhari: 2989
·         Apabila seseorang mengalihkan sesuatu benda dijalan awam, lalu walaupun beliau terlewat untuk menunaikan solat maka Allah mengampunkan dosanya serta Allah berterima kasih kepada orang tersebut - Bukhari: 652
·         Dilarang membuang air kecil atau besar di jalan awam atau ditempat orang berteduh - Muslim: 448
Adab bersalam
Wajib menjawab salam
·         Apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi Salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dengan cara yang sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. - Quran 4:86
·         Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada kamu sendiri dengan memohon kepada Allah berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya.. - Quran 24:61
Amal yang terbaik
·         Sabda Nabi, apabila seorang bertanya apakah amal yang terbaik dalam islam. Maka jawab Nabi iaitu beri makan kepada yang lapar dan memberi Salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali - Bukhari: 12
·         Terdapat 5 perkara yang wajib bagi seorang Muslim kepada Muslim yang lain:
1.       Menjawab Salam
2.       Bertanya khabar orang sakit
3.       Mengiringi janazah
4.       Menghadiri jemputan jamuan  makan
5.       Menjawab orang yang sebut Alhamdulillah apabila bersin
Bukhari: 1240
·         Orang yang mendahului Salam adalah orang rapat dengan Allah - Abu Dawud: 4522
Berjabat tangan mengampunkan dosa kecil
·         Apabila 2 orang muslim bertemu dengan berjabat tangan (musabah) akan diampunkan dosa kecil sehingga meraka bersurai atau berpisah - Tirmidhi: 2651
Bertemu seseorang dengan wajah yang senyum atau manis
·         Apabila seseorang itu bertemu seseorang dengan wajah yang manis atau senyuman maka itu adalah amal yang baik, oleh itu jangan menghina perbuatan itu - Muslim: 5122 

No comments:

Post a Comment